ISU PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA,
Berdasarkan artikel online oleh
Dr Rahmat Ghazali mengenai Isu Perpaduan
Kaum Di Malaysia, saya dapati beliau banyak menerangkan tentang kepentingan
asimilasi dalam perpaduan kaum. Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan
kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial,
malah ekonomi. Malah, perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’
sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra.
Di dalam artikel ini juga turut
menjelaskan bahawa Malaysia berusaha menyerapkan beberapa elemen penting perpaduan
kaum yang digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat
dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival,
memperakui dan perbezaan norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti.
Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa
sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari,
sedikit-sebanyak telah menjadi penyumbang kepada benih-benih perkauman sesama
kita.
Dalam konteks ini juga mengenai
perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan
perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Bukan itu sahaja asimilasi
dalam konteks budaya juga kurang mendapat sambutan kerana setiap kaum melihat
bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada
yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada
2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula
pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda
aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000
S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah
elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong
kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Beberapa akta yang dapat
memelihara keharmonian Negara iaitu Akta Hasutan telah menggariskan
perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. Kecenderungan menghasut
mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang membawa
kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan,
membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang
memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara
kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan
Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Kesimpulan yang kita terdapat di
dalam artikel ini ialah, semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat
direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Sudah terang lagikan
bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada
kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka
apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada
kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan
dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita
tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak
tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan
memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara
pada masa depan yang lebih gemilang. Natijahnya, semua rakyat perlulah
mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan
dapat mencapai impian Negara.
Beberapa kajian yang telah saya
lakukan iaitu mengenai pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka
mengamalkan dasar pecah dan perintah
terutama membiarkan penduduk negara ini
mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu
dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil
dari negara India dan di kawasan lombong
bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula
timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam
satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan
antara kaum.
Akhir kalam, keamanan negara ini
sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui
situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969
kita wajar memperkuat semula
perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini. Dalam nada yang sama
kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang
terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .








No comments:
Post a Comment