22 October 2015


          SIMULASI INI HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN


 Mangsa yang ditemui di bahagian tempat duduk pemandu di bangunan lama PKNS , Seksyen 15, semalam- Foto Harissa Ariffpudin

Shah Alam-  Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan telentang di tempat duduk pemandu dengan satu kesan tikaman di dada, dipercayai dibunuh oleh individu yang tidak dikenali di depan bangunan lama PKNS, Seksyen 15  di sini, pagi semalam.
            Deputi Superitenden Polis (DSP), Syed Kamarul Syed Amani Jamalulail Barakbah, dalam satu kenyataannya kepada media berkata, mangsa dipercayai mati kira-kira 4.20 pagi selepas 20 minit ditikam.
            Mangsa Siti Suraya Abdullah, 18, seorang setiausaha muda di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang, di percayai dari tempat kerjanya untuk pulang ke rumah sebelum diekori oleh individu yang tidak dikenali.
            Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh pekerja di kawasan tersebut kira-kira 6 pagi yang melihat keadaan kereta mewah  itu mencurigakan dengan enjin masih hidup dan pintu bahagian pemandu terbuka dan memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 6.10 pagi.
            “ Saya percaya kes pembunuhan ini tidak ada kaitan dengan kes rompakan atau pun samun, mungkin suspek adalah pembunuh upahan, tetapi pihak kami masih lagi menyiasat motif pembunuhan ini dengan lebih lanjut”, kata Syed lagi ketika ditemu bual oleh media.
            Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, rakan beliau ada ,mendengar bunyi bising seperti orang sedang bergaduh, tetapi tidak mengesyaki kejadian buruk pada masa itu.
            Susulan kejadian itu, polis telah menyiasat sebuah kereta yang tidak dikenali dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan gadis tersebut.
            Menurut hasil siasatan awal, pihak polis menjumpai tiga cap jari yang tidak dikenali tetapi mereka masih lagi membuat siasatan tentang perkara ini.
              Mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), untuk dibedah siasat.
            Mangsa difahamkan telah memeluk agama Islam kira-kira setahun yang lalu di Masjid Negara, sebelum ini mangsa beragama Hindu.

No comments:

Post a Comment